Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Ini Yang Akan Berlaku Jika Kamu Amalkan Crash Diet

Ini bukan Cosmo yang kata, tapi doktor yang kata...

Crash diet semakin lama menjadi semakin popular. Masalah ini berpunca daripada kurangnya keyakinan pada tubuh sendiri, namun apa yang lebih menjadi masalah adalah kesannya terhadap kesihatan kamu.

"Tak dinafikan crash diet boleh menurunkan sedikit berat badan dengan cepat, namun hasilnya adalah singkat dan boleh beri impak negatif pada tubuh dan minda kamu," kata Dr Julianne Barry, General Practitioner di London Doctors Clinic.

Memang mudah untuk tergoda dengan hasil pantas yang dijanjikan oleh crash diet, jadi di sini Dr Julianne senaraikan impak negatifnya terhadap tubuh supaya kamu boleh membuat pertimbangan sewajarnya.

4 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

4. Ia boleh menyebabkan dehidrasi

Pernah tak kamu terfikir kenapa sesetengah diet seperti juicing boleh membantu menurunkan berat badan dengan cepat? Ini kerana kamu kehilangan berat air – namun ia tidak ideal untuk jangka masa panjang. “Penyimpanan glikogen, iaitu sumber tenaga yang mengikat air, berkurangan lebih cepat berbanding sel lemak yang melepaskan air. Jadi bila kamu mula makan seperti biasa, badan akan mula mengembalikan glikogen dan penyimpanan air dan mulalah berat kamu naik balik,” jelas Dr Julianne. “Hasilnya, kamu berisiko mendapat dehidrasi, yang boleh dilihat dengan hadirnya sakit kepala dan rasa pitam.”

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor