Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Ini Yang Akan Berlaku Jika Kamu Amalkan Crash Diet

Ini bukan Cosmo yang kata, tapi doktor yang kata...

Crash diet semakin lama menjadi semakin popular. Masalah ini berpunca daripada kurangnya keyakinan pada tubuh sendiri, namun apa yang lebih menjadi masalah adalah kesannya terhadap kesihatan kamu.

"Tak dinafikan crash diet boleh menurunkan sedikit berat badan dengan cepat, namun hasilnya adalah singkat dan boleh beri impak negatif pada tubuh dan minda kamu," kata Dr Julianne Barry, General Practitioner di London Doctors Clinic.

Memang mudah untuk tergoda dengan hasil pantas yang dijanjikan oleh crash diet, jadi di sini Dr Julianne senaraikan impak negatifnya terhadap tubuh supaya kamu boleh membuat pertimbangan sewajarnya.

10 of 10Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Apa alternatif yang kamu ada?

“Daripada terlalu menekan tubuh dengan crash diet, lebih baik kamu ambil masa dan tetapkan matlamat penurunan berat badan yang realistik,” kata Dr Julianne.

Dengan perubahan gaya hidup yang teratur, kamu mampu lihat perbezaan fizikal tubuh yang lebih sihat dan mantap untuk jangka masa panjang.

Ini langkah kecil yang boleh kamu lakukan untuk mempertingkatkan kesihatan:

  1. Kurangkan pengambilan alkohol
  2. Kurangkan makanan bergula dan makanan proses
  3. Tambah lean protein dalam diet
  4. Amalkan diet kaya buah-buaham dan sayuran termasuk kacang dan bijirin penuh
  5. Kurangkan tekanan
  6. Elakkan makanan yang mengandungi lemak trans tapi ambil lemak baik
  7. Tingkat serat
  8. Tingkatkan aktiviti fizikal untuk tingkatkan kadar metabolisme
  9. Cari jenis senaman yang kamu suka dan jadikannya rutin harian. Angkat berat mampu membina otot dan otot membakar lebih kalori berbanding lemak
  10. Cuba berjalan 10,000 langkah setiap hari

 

Artikel asal: Catriona Harvey-Jenner (cosmopolitan.co.uk)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor