Ini Yang Akan Berlaku Jika Kamu Amalkan Crash Diet - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Ini Yang Akan Berlaku Jika Kamu Amalkan Crash Diet

Ini bukan Cosmo yang kata, tapi doktor yang kata…

Crash diet semakin lama menjadi semakin popular. Masalah ini berpunca daripada kurangnya keyakinan pada tubuh sendiri, namun apa yang lebih menjadi masalah adalah kesannya terhadap kesihatan kamu.

“Tak dinafikan crash diet boleh menurunkan sedikit berat badan dengan cepat, namun hasilnya adalah singkat dan boleh beri impak negatif pada tubuh dan minda kamu,” kata Dr Julianne Barry, General Practitioner di London Doctors Clinic.

Memang mudah untuk tergoda dengan hasil pantas yang dijanjikan oleh crash diet, jadi di sini Dr Julianne senaraikan impak negatifnya terhadap tubuh supaya kamu boleh membuat pertimbangan sewajarnya.

Prev1 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. Ia boleh menurunkan kadar metabolisme

Metabolisme yang tinggi adalah kunci kepada penurunan berat badan, namun crash diet bertindak sebaliknya iaitu dengan merendahkan kadar metabolisme kamu. “Muscle breakdown lebih tinggi bila mengamalkan diet ekstrem, berbanding diet selamat dan steady. Kekurangan otot menurunkan kadar metabolisme, iaitu jumlah kalori yang kamu bakar ketika berehat dan hasilnya, berat kamu akan semakin bertambah di kemudian hari,” katanya.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor