Ini Waktu Terbaik Untuk Post Gambar Di Instagram - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Ini Waktu Terbaik Untuk Post Gambar Di Instagram

Pastinya dengan mudah kamu akan mendapat banyak double-taps!

 

Memuat naik sesuatu di media sosial ibarat bom jangka, kerana kamu rasa gambar yang dimuat naik PERLU mendapat beberapa ‘like’. Setelah mencapai target yang kamu mahu, barulah jantung kamu berhenti berdegup kencang tanda puas hati…

Walaupun ia bukanlah isu besar, tapi ramai yang perlukan validation melalui cara ini seterusnya terperangkap dalam ‘perangkap double-tap’.

Mungkin sebab itulah kajian oleh Hopper HQ mengenai waktu terbaik untuk post gambar di Instagram sangat menarik.

Lebih 1.2 juta post telah dijadualkan menggunakan laman web ini, dan menurut data yang diperoleh, pengkaji pendapati bahawa secara purata waktu terbaik untuk post di Instagram adalah antara 6 petang hingga 7.30 malam pada hari minggu dan 11 pagi pada hujung minggu.

Kenapa? Kerana waktu inilah kebanyakan orang menggunakan aplikasi tersebut, bermakna lebih ramai yang melihat gambar kamu di timeline mereka seterusnya memberi respon.

Walaupun ini bukanlah berita tergempar buat sesetengah daripada kamu, kamu perlu tahu yang ia juga bergantung kepada pengikut yang follow kamu: Sama ada mereka tinggal di zon masa berbeza, bekerja lebih masa dan sebagainya.

Kajian itu juga menyelidik filter dan jenis kandungan yang paling menarik perhatian. Penemuan mendapati Gingham bukan saja filter paling popular, malah ia turut menarik banyak komen dan ‘like’ – diikuti dengan filter Claredon.

Dan topik paling mendapat tumpuan? Gambar yang berdasarkan pengalaman peribadi – seperti penurunan berat badan atau melancong – yang secara purata menerima 22 peratus lebih ‘like’ berbanding gambar lain yang dimuat naik di akaun Instagram yang sama, diikuti dengan gambar haiwan.

Hmm, nampaknya kamu dah tahu foto apa dan bila ia perlu dimuat naik untuk dapatkan lebih ‘like’!

 

Foto: 123rf.com/Artikel asal: Dusty Baxter-Wright (cosmopolitan.co.uk)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor