Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Ini Vitamin Yang Perlu Kamu Ambil Dan Elak Jika…

Vitamin memang bagus untuk tubuh, kan? Tidak semestinya. Kami bertanya penulis The Vitamin Complex, Catherine Price, bila masanya perlu untuk kita mengambil vitamin dan bila seharusnya tidak.

Foto: Shuttertock.com

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

ELAK:

 

RASA TIDAK SEDAP BADAN

Adakah kamu membeli dan mengambil Vitamin C saat kamu mula mengalami selesema? Maaf, kamu hanya membuang masa dan wang. Malah, “suplemen ini tidak merbahayakan, tapi ia tidak terbukti dapat mencegah selesema,” kata Price. “Sebenarnya kebanyakan kita mendapat khasiat Vitamin C secara semula jadi daripada diet jika kita mengamalkan makan buah oren, lemon, brokoli, kiwi serta tomato.”

 

MOOD TIDAK MENENTU

Selain daripada menghabiskan sebalang ais krim Ben & Jerry, ramai yang sering menggunakan kaedah rawatan herba untuk menghilangkan mood yang tidak menentu. Masalahnya di sini, ia berinteraksi dengan pelbagai ubatan preskripsi. Melainkan jika doktor kamu menyarankannya, kamu juga boleh cuba untuk menambah kacang Brazil menjadi sebahagian daripada diet kamu. Hanya tiga kali sehari, ia dapat memberikan kamu kadar selenium secukupnya di mana ia berhubung kait dengan depresi dan keresahan.

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor