Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Ini Vitamin Yang Perlu Kamu Ambil Dan Elak Jika…

Vitamin memang bagus untuk tubuh, kan? Tidak semestinya. Kami bertanya penulis The Vitamin Complex, Catherine Price, bila masanya perlu untuk kita mengambil vitamin dan bila seharusnya tidak.

Foto: Shuttertock.com

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

AMBIL:

 

MENGANDUNG (ATAU SEDANG CUBA UNTUK HAMIL)

Folate ataupun Folic Acid (nama setelah diproses) adalah penting buat mana-mana wanita pra-hamil di mana ia mengurangkan kadar risiko kelahiran cacat. Jadi kamu disarankan untuk mengambil 400mcg Folic Acid setiap hari jika sedang cuba untuk hamil atau ketika tiga bulan pertama kehamilan.

 

VEGETARIAN

Apabila diet kamu merangkumi daging, ikan serta tenusu, vitamin B12 dan iron bukanlah perkara yang perlu kamu risaukan kerana diet kamu sudah pun membekalkan lebih daripada cukup. Tapi untuk mereka yang kurang (ataupun tidak) mengambil makanan berasaskan haiwan, ia merupakan sesuatu yang berlainan. Mereka memerlukan tablet Vitamin B12 dan iron kerana ia merupakan nutrisi yang akan memastikan sel di dalam badan kekal sihat. “Pertimbangkan suplemen iron jika kamu sedang mengalami haid yang banyak,” nasihat Price.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor