Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Ini Sebabnya Teman Lelaki Masih Belum Melamar Kamu

Perhubungan dah mekar, umur makin meningkat, ibu bapa dah mula bertanya, kamu pun dah sedikit rimas… Kenapa dia masih belum pop the BIG question ni? Tarik nafas, lepas… Mungkin petanda ini dapat membantu kamu untuk fikirkan tentang status dan hala tuju hubungan selepas ini.

Foto: Shutterstock.com

Prev1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

AMARAN SATU

Dia tak pernah ada hubungan serius. Semua orang ada masa silam tersendiri dan seperti kata orang, hanya Tuhan mampu mengadili perbuatan lampau kamu. Kalau boleh, kamu pun taknak kaitkan kisah silamnya dengan hubungan kamu pada waktu ini. Tetapi seeloknya, kamu kena peka dengan tabiat lampaunya. Jika dia ada ‘tabiat’ suka nak bereksperimen dalam perhubungan dan akan buat kerja separuh jalan, berkemungkinan besar perangai yang sama sedang dilakukan pada perhubungan kalian. Kalau ikut Cosmo, tak perlulah mengharapkan hubungan serius dan padu daripadanya, anggap saja dia bukan untukmu.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor