Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
morning sex

Ini Sebabnya Kenapa Seks Waktu Pagi Bagus Untuk Kamu

Kenapa perlu tergesa-gesa ke pejabat dan akhirnya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Sedangkan kamu boleh lakukan “quickie” terlebih dahulu?

morning sex

Siapa kata seks hanya sesuai dilakukan waktu malam sebelum tidur? Come on, break the rules! Cosmo senaraikan sebab kenapa seks waktu pagi (sebelum ke pejabat) bagus untuk kamu dan pasangan. Tapi seeloknya hanya lakukan 3-5 kali sahaja seminggu ya!

Meredakan tekanan 
Seks waktu pagi membantu kamu menjadi tenang sepanjang hari, malah boleh berterusan sehingga hari ke tujuh. Ia juga membaiki mood dan melancarkan peredaran darah. No more monday blues!

Sehebat Bersenam
Seks waktu pagi adalah alternatif terbaik menggantikan senaman. Pakar sains berkata, seks selama 30 minit membakar kalori hampir sama banyak seperti kamu berlari 30 minit. Selepas melakukannya selama 30 minit, wanita membakar 180 kalori dan lelaki sebanyak 240 kalori. Patutlah peluh membanjiri tubuh ketika asyik berasmara.

Pengganti Kopi
Sesuai untuk kamu yang mahu kurangkan pengambilan kafein waktu pagi, seks menyegarkan minda lebih hebat daripada kopi dan epal. Tetapi secawan kopi selepas seks, apa salahnya kan?

Membaiki Hubungan 
Cranky? Tetapi mood tersebut boleh berubah apabila kamu mengajak pasangan melakukan seks waktu pagi. Ia bukan sahaja merapatkan hubungan malah membuatkan pasangan kamu rasa seperti dihargai kerana ia bagaikan satu kejutan, ibarat kamu memikirkannya sebaik bangun daripada tidur. Si dia pasti menghubungi kamu sebelum waktu lunch kerana teringatkan hubungan asmara pagi tadi.

Foto: 123rf.com

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness