Ini Sebabnya Kenapa Lelaki Suka Tidur Tanpa Pakaian - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Ini Sebabnya Kenapa Lelaki Suka Tidur Tanpa Pakaian

Ini Sebabnya Kenapa Lelaki Suka Tidur Tanpa Pakaian

Pernah tak kamu terfikir kenapa ramai jejaka suka tidur tanpa baju, tanpa seluar, atau lebih mengejutkan tanpa seurat benang? Ini jawapannya…

Ini Sebabnya Kenapa Lelaki Suka Tidur Tanpa Pakaian

Foto: Shutterstock.com

Kajian oleh Institut Kesihatan Kanak-kanak dan Pembangunan Insan Maryland serta Universiti Stanford mendapati, tidur dengan pakaian ketat seperti seluar boxer boleh mengganggu penghasilan sperma dan merendahkan peluang mendapat bayi. Memakai boxer ketat merupakan kesilapan utama kerana ia meningkatkan suhu kerandut bahagian intim sekali gus mengurangkan kualiti sperma. Jika si dia memakai seluar dalam longgar pada siang hari dan berbogel pada sebelah malam, ia dapat meningkatkan 25 peratus kualiti sperma, menurut kajian tersebut. Selain itu, tidur tanpa pakaian membantu kelangkang si dia ‘bernafas’ dan merendahkan risiko jangkitan kulit. Oh, begitu…

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor