Ini Sebabnya Kenapa Kamu Perlu Berhenti Instagramming Gambar Makanan

Ini Sebabnya Kenapa Kamu Perlu Berhenti Instagramming Gambar Makanan

Mengambil gambar makanan sebelum makan sudah menjadi seperti satu rutin buat milenia. Ini antara sebab mengapa kamu kena berhenti Instagramming makanan kamu…

 

Ia perlu dilakukan, meskipun makanan itu jadi sejuk… Kalau tak bagaimana orang nak tahu betapa sedapnya makanan brunch kamu, kan? Apa gunanya brunch kalau tak di-Instagram?

Well, menurut satu kajian, selain makanan menjadi sejuk, ada banyak lagi sebab lain untuk pastikan teman-teman kamu berhenti daripada melakukan tabiat menjengkelkan ini.

The Independent melaporkan satu kajian terbaru yang mengaitkan over-exposure terhadap makanan (dengan hanya melihat atau menghabiskan masa Instagramming makanan itu) dengan pre-satiation, i.e kamu bosan dengan makanan itu walaupun belum memakannya.

Penulis bersama kajian itu, Professor Joseph Redden memberitahu The Independent, “Bila kita Instagram, kita fokus kepada benda di dalam gambar itu, walaupun untuk seketika saja. Ini boleh memberi kesan kepada keseronokan kita di masa akan datang.”

Kajian ini secara khusus melihat bagaimana proses ini memberi kesan kepada syarikat yang cuba menjual makanan kepada pelanggan melalui Instagram, dengan membuktikan bahawa pendedahan berlebihan boleh memberi kesan yang tidak dijangka dengan membuat makanan itu way less enjoyable.

Jadi, kalau kita menghabiskan masa mengambil gambar makanan kita dengan filter dan sudut terbaik, kita mungkin meletakkan kenikmatan makanan itu di termpat kedua.

Jadi sebelum kamu ambil gambar makanan untuk dimuat naik di Instagram, fikirkan ini dulu: Apa yang lebih penting buat kamu? Makanan yang dinikmati ketika masih panas, atau makanan sejuk dengan foto menarik untuk kamu ‘gah’ di Instagram?

Foto: Shutterstock.com/Artikel asal: Jess Edwards (cosmopolitan.co. uk)

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor