Ini Sebabnya Kenapa Kamu Perlu Beli Album Dayang Nurfaizah!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Ini Sebabnya Kenapa Kamu Perlu Beli Album Dayang Nurfaizah!

Cosmo berpeluang menyaksikan Dayang Nurfaizah Showcase 2917, di Matic KL semalam (18 April). Perhitungan mengeluarkan album ketika ini memang tepat kerana Dayang masih lagi ‘hangat’ selepas menjuarai AJL 31, Januari lalu.

Foto: Instagram.com/afilsyazwan

Persembahan secara langsung itu diadakan sempena pelancaran album self titled – Dayang Nurfaizah. Memuatkan 10 buah lagu, menurut Dayang kesemua lagu berentak balada dan mengisahkan tentang kisah percintaan.

“Album ini memuatkan banyak lagu yang berkisar tentang percintaan, putus cinta dan sedih. Tetapi ia tidak ada kena mengena dengan kisah hidup Dayang,” jelas Dayang.

Tambah Dayang keputusannya memilih genre Balada untuk kesemua lagu adalah diatas permintaan ramai peminatnya. Bagi Cosmo album ini secara keseluruhannya berbaloi untuk kamu miliki kerana lirik dan setiap lagu dihasilkan penuh keikhlasan. Setiap bait yang diluahkan Dayang dalam kesemua lagu penuh dengan emosi dan seolah-olah ia adalah kisah sebenar percintaannya.

Album Dayang Nurfaizah ini mengingatkan Cosmo kepada album Adele, 25 yang 100% mempertaruhkan lagu mengenai kisah percintaan.  Selain Lelaki Teragung, Tak Pernah Menyerah dan Dipintu Syurga, Dayang turut mempertaruhkan tujuh buah lagu lain seperti Layarlah Kembali, Usah Dibilang Cinta, Nanti, Takdir, Dia, Dalam Diam dan juga Separuh Matiku Bercinta yang akan menjadi single seterusnya.

Dalam perkembangan lain, album ini juga menduduki tangga teratas carta album di iTunes sejak dilancarkan secara digital pada 7 April lalu. Malah album Dayang Nurfaizah juga telah terjual melebihi 2,000 unit selepas mula dipasarkan pada 15 April dan telah diulang cetak untuk kali ketiga.

Album tersebut juga menjadi trending di aplikasi muzik iTunes selepas empat hari berada di pasaran dan menduduki tangga keenam bersama album penyanyi antarabangsa lain seperti Coldplay dan Ed Sheeran.

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness