Ini Sebabnya Kenapa Foundation Fenty Beauty Oleh Rihanna Jadi Kegilaan!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Ini Sebabnya Kenapa Foundation Fenty Beauty Oleh Rihanna Jadi Kegilaan!

Koleksi bedak asas Fenty Beauty by Rihanna betul-betul memberi impak di laman sosial! Hadir dengan 40 tona pelbagai warna, PRO FILT’R Soft Matte Longwear Foundation menjadi kegilaan makeup junkie.

Rata-rata pengguna produk Fenty Beauty memuji dan memberikan rumusan yang terbaik. Mereka menyifatkan Rihanna seolah-olah memahami kehendak sebenar wanita diluar sana yang sering mengalami masalah memilih bedak asas yang paling sesuai dengan warna kulit mereka.

Rihanna ketika majlis pelancaran Fenty Beauty pada awal September lalu berkata dia mahukan diversiti daripada segi pembeli dan pemakai. “Dalam setiap produk saya berfikir: There needs to be something for a dark-skinned girl; there needs to be something for a really pale girl; there needs to be something in-between“.

YouTubers Test Rihanna's Fenty Beauty Foundations

Rihanna's FentyBeauty is changing the game for foundation—and YouTubers are L O V I N G the 40 foundation shades for every skin tone: http://bit.ly/2fijHBA

Posted by ELLE Magazine (US) on Rabu, 13 September 2017

Menurut Rihanna, kebanyakan wanita berkulit tona lebih gelap mengakui sukar untuk mereka mendapatkan foundation dengan warna gelap yang sesuai dengan kulit mereka. Produk mekap komersial seolah-olah memandang pengguna berkulit gelap tidak penting sedangkan menurut tinjauan daripada Nielsen, pelanggan berkulit gelap menghabiskan wang ringgit sembilan kali ganda lebih banyak untuk kecantikan.

Beberapa blogger kecantikan dari seluruh dunia melakukan makeup review menggunakan bedak asas Fenty Beauty dan mereka begitu teruja apabila ia menutup segala cela dan warna kulit sekata tanpa perlu menggunakan concealer dan primer.

Rihanna berkata dia mengambil masa dua tahun sebelum melancarkan Fenty Beauty dan mencipta bedak asas dengan tona pelbagai warna adalah antara misi utamanya. PRO FILT’R Soft Matte Longwear Foundation yang hadir dengan 40 tona warna berharga 34 dolar (RM 140++) dan boleh didapati di portal dalam talian Fenty Beauty ataupun Sephora.

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness