Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
kopi

Ini Sebabnya Kamu Kena Elak Minum Kopi Di Awal Pagi

Kamu gemar hirup kopi sebaik bangun dari tidur? Rupa-rupanya, tabiat kamu ini sebenarnya salah!

kopi

Jika kerjaya kamu memerlukan kamu untuk untuk sentiasa segar dan cergas lima hari seminggu, kamu pasti perlukan bantuan kafein di awal pagi untuk dapat ‘berfungsi’ sepanjang hari. Sama ada kamu hirupnya di rumah mahupun terus membancuhnya sejurus sampai di tempat kerja, ia antara rutin ‘wajib’ kamu setiap hari – without fail!

Malangnya, rupa-rupanya tabiat yang kamu amalkan selama ini salah. Kajian oleh pelajar phD di Uniformed Services University of Health Sciences di Bethesda, Amerika Syarikat mendapati pengambilan kopi di awal pagi bukanlah waktu yang tepat kerana ia sebenarnya kurang efektif untuk tubuhmu.

Apa sains di sebaliknya? Hormon stress yang dikenali sebagai kortisol dirembeskan antara jam 8 pagi hingga 9 pagi. ‘Stress’ ini membantu kamu berjaga dan menjayakan harimu, tapi jika kamu tambahkan ‘kopi’ ketika kortisol sudah pun aktif, kesannya akan berkurangan.

 

 

Jadi bila waktu terbaik untuk hirup minuman kegemaranmu ini? Kajian tersebut mencadangkan antara jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi, dan antara 1.30 tengah hari hingga 5 petang. Pada waktu ini tahap kortisol menurun dan pengambilan kopi memberikan kesan yang sangat efektif untuk tubuhmu. Inilah masanya untuk kamu singgah ke kedai kopi kegemaranmu!

 

Foto: 123rf.com/Artikel asal: By Olivia Ovenden (cosmopolitan.co.uk)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor