Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Ini Sebabnya Fazura Tak Berlakon Filem Gol & Gincu Vol. 2

Ini Sebabnya Fazura Tidak Berlakon Filem Gol & Gincu Vol. 2

Siapa saja yang tak pernah tonton filem blockbuster Gol & Gincu dulu? Filem lakonan Fazura, Sazzy Falak dan Ashraf Sinclair ini mencipta fenomenanya sendiri pada waktu itu dan sekali gus melonjakkan nama pelakon-pelakonnya menjadi bintang popular by storm!

Apabila pengarah filem ini, Bernard Chauly mengumumkan filem Gol & Gince Vol.2  sedang dalam pembikinan, ramai peminat begitu teruja dan tak sabar ingin menonton filem ikonik ini. Tetapi, rata-rata ramai peminat menyuarakan sedikit rasa kekecewaan kerana pelakon utama, Fazura tidak akan terlibat.

Sazzy Falak, antara pelakon asal yang membuat kemunculan mengatakan filem ini bukanlah sekuel kepada filem pertamanya. Oleh sebab itu, ketiadaan Fazura di dalam filem ini tidak akan menjejaskan plot cerita sama sekali.

“Ramai beranggapan Gol & Gincu Vol. 2 ini adalah sekuel daripada filem dan drama bersiri pertama, namun sebenarnya ia bukan begitu. Secara dasarnya filem ini adalah cerita baru, ia bukannya berkisah tentang karakter yang sama 13 tahun dahulu,” jelas Sazzy.

Filem ini telah pun mula ditayangkan bermula 25 Oktober lalu dan buat kamu peminat setia Gol & Gincu, jangan lepaskan peluang menontonnya! We are 100% sure it will be just as good as the first one! Go support our local films Cosmoholics!

 

Sumber: mStar Online

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Image result for gol & gincu 2

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker