Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Ini Rahsianya Untuk Buat Pasangan Kamu Puas Di Kamar

Cosmo senaraikan trik magis yang bakal buatkan cadar katilmu berselerak hingga keesokkan pagi…

Cosmo tahu kamu sering mencari alternatif untuk ‘membakar’ keinginan seksual bersama . Jadi apa kata kamu check out ‘penemuan’ terbaru Cosmo ini – trik mudah untuk buatkan suami lebih gembira ketika sesi di ranjang.

 

Elak Berpura-pura

Ini adalah fakta! Lelaki akan rasa sangat kecewa jika mendapat tahu pasangannya tidak mencapai orgasma secara kerap. Jadi mengapakah 60% wanita sanggup berlakon mencapai syahwat? Melihatkan ‘ecstasy’ yang dapat kamu berikan kepada suami adalah sebahagian daripada kepuasan seks. Jangan sesekali kamu pandang remeh akan nilainya kepada seseorang lelaki.

 

Berterus-terang

Jika kamu tak mampu mencapai klimaks tanpa sebarang rangsangan di bahagian intim, jangan segan untuk berkongsi dengan suami akan caranya. Lelaki sebenarnya lebih suka bila wanita mampu menikmati sesi itu. Apatah lagi jika dia pun boleh berseronok dengan aksi itu.

 

Eksperimen

Lebih kerap kamu klimaks, seks akan jadi lebih mudah. Tapi kamu tetap kena berikan kelainan. Jadi bayangkannya sebegini: Sama ada ia memerlukan rangsangan di sudut sensitif atau massage oil, kamu wajar ketahui apa yang boleh bantu kamu keluar dari zon selesa.

 

Jump On Top!

Nikmati syahwat yang ultimate adalah apabila segala deria kamu digunakan. Kajian mendapati bila kamu baring, sesetengah deria jadi kurang terangsang. Jadi cuba be on top pula untuk mendapat jaminan yee-ha!

 

Queen Control

Untuk seks yang lebih ‘wow’, kamu boleh ambil sikap ini. Sudah tentu dia lebih teruja jika kamu yang main peranan utama – merangsang, ‘memandu’ dan menamatkan perjalanan seksual itu. Bila kamu yang mengawal permainan, peluang untuk capai orgasma lebih tinggi.

 

Oh Oral!

Mencapai nikmat bukan sekadar memerlukan ‘alat’ suami saja. Kamu boleh peroleh orgasma berganda dengan cara lain. Suami boleh membantu kamu mencapainya dengan merangsang bahagian sensitif di tubuh kamu. Bila sampai ke puncak, biar gelombang itu reda sendiri. Selepas itu, kalau kamu rasa hampir hanyut dibuai lena, minta suami ulang aksi tadi. Kamu mungkin rasa lebih sensitif daripada sebelumnya, jadi minta suami lakukan dengan perlahan ya.

Foto: Nick Onken

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert