Ini Kesannya Pada Tubuh Jika Kamu Mendapat Tidur Yang Lena
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Ini Kesannya Pada Tubuh Jika Kamu Mendapat Tidur Yang Lena

Ini Kesannya Pada Tubuh Jika Kamu Mendapat Tidur Yang Lena

Ada sebab mengapa kamu perlukan tidur yang mencukupi serta berkualiti.

Ini Kesannya Pada Tubuh Jika Kamu Mendapat Tidur Yang Lena

Foto: Shutterstock.com

1. Bila tak cukup rehat, keinginan seks juga merudum tak kiralah pada lelaki mahupun wanita.

2. Sebanyak 33% orang yang minum empat cawan atau lebih minuman berkafein berisiko menghidap sleep apnea – keadaan di mana pernafasan terganggu. Tidur berdengkur antara satu petandanya.

3. Jika cukup tidur, kamu sebenarnya boleh mengawal berat badan dengan lebih baik!

4. Bila kurang tidur, rasa lapar yang amat akan meningkat 25 peratus menyebabkan kamu sukar nak kawal nafsu makan. Jadi, rehatkan tubuhmu agar kamu boleh makan lebih dan membakar kalori itu.

5. Kurang atau terlebih tidur pun tak bagus juga! Katakanlah kamu tidur lebih sembilan jam atau kurang enam jam, ia berkait dengan jangka hidup lebih pendek. Tujuh hingga lapan jam sudah memadai.

6. Terus tidur selepas kamu belajar sesuatu yang baru akan memperbaiki kemampuanmu untuk mengingat dengan lebih berkesan.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor