Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Berita Buruk Bagi Kamu Yang Suka Kopi Nipis dan Manis

Walaupun pengambilan kopi kamu tiada batasan, kajian baharu menunjukkan individu yang suka minum kopi nipis atau manis, jangan fikir kamu mengambilnya tanpa kalori, sebaliknya lebih teruk dari individu yang minum– plain black coffee.

Sama juga bagi penggemar teh yang menambah campuran susu dan gula, namun kesannya tidak lah ekstrim sangat. Tidak seperti kajian terdahulu di mana kesan manis bagi peminum soda, penambahan kalori yang tinggi walaupun mereka kurang makan.

Kajian dari Universiti Illinois di Urbana-Champaign dan University California, San Diego, perbandingan diet 19,400 peminum kopi dan teh yang disiarkan di Public Health, didapati mereka mengabaikan kalori dalam susu dan gula mereka minum — Kurang makan tengah hari tidak dikira kerana kamu dah mengambil creamer pada kopi makan pagi tadi. Berikut adalah apa yang ditemui dalam kajian:

Penggemar Kopi Menambah Lebih Kalori Dalam Minuman

Berbanding teh, kopi lebih besar bom kalorinya, kerana lebih kurang 2 dari 3 penggemar kopi, sangat ketagih dalam pengambilan gula, susu dan creamer— itu belum mengambil kira Frappuccino dan lain-lain. Sementara itu, hanya 1 dari 3 penggemar teh menambah gula, madu, susu atau creamer.

Pemilihan Minuman Kamu Lebih Teruk Dari Apa Kamu Fikir

Satu paket gula mengandungi 11 kalori, manakala satu sudu besar whole milk mengandungi 9 kalori. Jumlah ini memang menambah pengiraan kalori sehari-hari, jadi penggemar kopi nipis dengan gula dalam kajian ini berakhir dengan mengambil 69 kalori sebenarnya dalam sehari berbanding penggemar black coffee. Manakala penggemar teh ditambah susu dan gula pula mengabil kalori 43 lebih sehari dari penggemar teh kosong. Maksudnya: Menurut ketua pengkaji Ruopeng An, PhD, pembantu profesor di komuniti kesihatan University of Illinois at Urbana-Champaign, ini bukan sekadar tentang kalori di dalam secawan kopi.

Sama sahaja keburukannya jika kamu penggemar kopi menukar pada pengambilan pemanis mulut. Dalam kajian, diet sebegini mengandungi lebih gula, lemak dan lemak tepu dari mereka yang mengambil teh atau kopi hitam.

Begitupun kajian tidak melihat pada mengapa, mungkin ia melibatkan muffin kamu beli bersama latte atau biskut yang kamu tak dapat elak ketika membeli chai latte. Mungkin juga bagi individu yang mengambil minuman manis sehari-hari memang tidak mengendahkan khasiat dalam pengambilan makanan mereka. Mereka tidak melihat, minuman manis boleh menambah gula dan menyebabkan tenaga jatuh juga penyebab kamu teringin makan junk food. Nampaknya, lebih kajian diperlukan untuk pengesahan.

Jadi: Perlukah Kamu Bertukar ke Teh?

Jika kamu perlukan minuman manis, cari produk yang kalori lebih rendah dan ada tambahan kalsium juga protein dan tampa lemak tepu tambahan. Dan, bertukarlah pada pengambilan teh, kerana ia kurang kalori, gula dan lemak.

Apa pun, ketahui berapa banyak kalori ditambah dalam mug (sila kira), terutama jika kamu punya habit minum kopi atau teh.

Artikel asal: ELIZABETH NARINS

Sumber: Cosmopolitan US

Foto: 123rf.com