Ini Bedak Asas Paling 'Ngam' Dengan Jenis Kulit Kamu - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Ini Bedak Asas Paling ‘Ngam’ Dengan Jenis Kulit Kamu

Bila bedak asas sempurna, yang lainnya akan menyusul sempurna juga! Setuju?

Prev1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Tekstur apa yang kamu perlukan?

Cecair

Kamu tahu tak banyak mana yang diperlukan? Cuba helah ini: Guna jari atau span dan pedap tiga titik bedak asas pada dahi, dua pada setiap belah pipi, satu pada dagu dan satu lagi atas hidung. Kemudian ratakan semuanya. Tekstur yang lebih cair mungkin susah nak dititik dengan jari jadi kamu boleh mula adun bedak bermula dengan pertengahan wajah dan blend keluar.

Krim BB/CC

Manfaat produk ini memang bagus – ada SPF, formula penjagaan kulit, lembapan selain bedak asas. Tapi ada kalanya ia tak cukup untuk bahagian yang perlukan lebih bantuan seperti bayangan gelap bawah mata. Jadi lepas kamu pakai BB, guna penyamar pada bawah mata atau cela jerawat yang lebih jelas penampilannya.

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru