Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Indahnya Bulan Madu di Sofitel Krabi Phokeethra

Hey, kamu tak tahu nak ke mana untuk berbulan madu? Cosmo cadangkan kamu ke Krabi kerana perbelanjaan di sana agak murah tapi pemandangannya memang ‘wow’! Paling best, Cosmo mahu kamu menginap di hotel mewah, pilihan Cosmo adalah Sofitel Krabi Phokeethra. 

sofitel-krabi

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Selesa dan mewah

Kamu hanya perlu melintas daripada hotel ke pantai  kerana Sofitel Krabi Phokeethra memiliki private beach yang memudahkan kamu menggunakan semua kemudahan yang ada. Pemandangan setiap bilik ini menghadap laut Andaman yang terbentas luas dan menenangkan. Penginapan cukup  selesa dengan layanan  mesra semua staff di Sofitel Krabi Phokeethra buat kamu terasa berada di rumah sendiri. Semua bilik hotel di sini diambil inspirasinya daripada zaman Victorian. Pada pendapat Cosmo, ruang bilik hotel ini  luas dan elegan dan paling seronok  perkhidmatan bilik disediakan 24 jam sehari.

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist