Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Ikuti Rutin Kecantikan Ini Untuk Solekan Yang Lebih Tahan Lama

Mengelak muka jadi berbelak atau sampai petang dah crack, retak seribu. Ada beberapa cara untuk kamu atasinya seperti prep wajah sebelum mula bersolek.

Selain melancarkan solekan, manfaat krim SPF, pelembap atau bahan semula jadi yang digunakan semestinya memelihara kulit untuk jangka panjang. Lebih-lebih lagi ada parti penting. Dengar-dengar si dia turut serta dan kamu pasti tidak mahu ketinggalan.

Resipi Cantik

Sekiranya kamu kehabisan mask, buat sendiri dengan bahan asli di rumah. Sediakan satu sudu besar raw oatmeal dan satu sudu besar madu. Sapu di wajah lima minit, dan cuci. Mineral di dalam oat menyenangkan dan lembapan madu membunuh bakteria.

30 Minit Menyerap

Sebanyak itu masa di ambil untuk sunscreen menyerap sepenuhnya ke dalam kulit. Pakai sebelum keluar rumah dan reapply setiap dua jam.

Berbeza SPF Muka & Leher

Pastikan krim SPF berbeza dipakai pada muka dan leher. Sesetengah orang, kulit leher lebih sensitif dan bertukar merah. Cara mengatasinya, cari krim mengandungi zinc oxide atau titanium dioxide.

Elak Kedutan

Sapuan serum selepas mencuci wajah dan sebelum mengoles pelembap, akan mengurangkan kedutan pada wajah.

Buang Sembab Wajah

Urut muka dan leher selepas sapuan pelembap selama lima minit. Selain melancarkan sapuan bedak asas, wajah juga lebih healthy glow. Tip ini untuk menghilangkan sembab muka selain itu melancarkan peredaran darah.