Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Idea Ceriakan Hari Pasangan

Tak perlu bersusah-payah fikirkan idea yang gempak, tip mudah yang Cosmo kongsikan ini sudah cukup untuk ceriakan hari pasangan kamu.

 

42216685 - happy couple forming heart shape with their hands at the beach

 

1. Buat rancangan rahsia untuk honeymoon kedua ke lokasi idaman kalian. Pasti suamimu teruja bila dapat tahu!

 

2. Gaji dah masuk? Tak salah jika kamu belanja suamimu special dinner di hotel lima bintang. Lagipun selalunya memang suami kamu yang bayar bila keluar makan, kan?

 

3. Jangan merungut atau banyak cakap bila dia mencadangkan aktiviti yang ingin dilakukannya bila kalian keluar bersama-sama.

 

4. Dia keluar bersama rakan sepejabat? Tak perlulah kamu SMS atau call setiap lima minit untuk tanyakan di mana dia berada.

 

5. Tolong si dia hantar kereta ke bengkel jika dia perlu hadiri mesyuarat penting dia pejabat pada awal pagi.

 

6. Band kegemaran si dia akan mengadakan konsert tak lama lagi. Tempah atau belikan tiket khas untuknya!

 

7. Berikan urutan relaxing pada suami bila dia rasa penat atau stress. Manalah tahu dia akan balas dengan mengurut kamu balik…

 

8. Biarkan suami di rumah untuk melayan TV atau game kegemarannya di hujung minggu. Bolehlah kamu ambil kesempatan ini untuk pergi shopping bersama teman-teman!

 

9. Masakkan sarapan istimewa dan hidangkannya di bilik tidur kalian. Tapi sebelum itu mandi dulu dan sarungkan pakaian menarik yang pasti buat suamimu senyum lebar sepanjang hari.

 

10. Semua orang suka kejutan, jadi berikan hadiah bermakna kepada si dia. Tak semestinya mahal, yang penting dia suka dan faham makna di sebalik pemberianmu itu.

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor