Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Idayu – Alumni Akademi Fantasia Paling Terbaik Pernah Dilahirkan

Bayangkan, rancangan realiti nombor satu di Malaysia, Akademi Fantasia telah melahirkan 172 bintang daripada 13 musim! Daripada ratusan alumni itu, Idayu (AF 3) diangkat menjadi yang terbaik di antara yang lain.

Foto: BH Online

AF Megastar telahpun melabuhkan tirainya semalam selepas sembilan minggu berlangsung, termasuk dua minggu konsert homecoming untuk menentukan 12 pelajar yang layak menjadi finalis. Berakhirnya konsert AF Megastar bermakna tiada lagi Akademi Fantasia selepas lebih 14 tahun mendominasi rating sebagai rancangan realiti paling popular dan menjadi fenomena di Malaysia.

Akademi Fantasia memang begitu dekat di hati peminat hiburan tempatan, apatah lagi konten rancangan itu yang penuh dengan drama, air mata dan kekeluargaan dicedok oleh rancangan realiti lain. Kalau diimbas semula daripada musim pertama, jujurnya hanya beberapa kerat saja peserta AF yang betul-betul ‘menjadi’. Format undian 100% daripada penonton menjadikan peserta-peserta lain yang berbakat besar kecundang di pertengahan jalan.

Foto: BH Online

Begitulah yang terjadi kepada Idayu ketika dia berjuang di musim ketiga. Tiada siapa dapat menafikan kehebatan vokal Idayu ketika itu. Tetapi fenomena Mawi ketika itu mungkin menutup peluang Idayu yang mungkin ketika ini namanya telahpun berada sebaris Dayang Nurfaizah ataupun Jaclyn Victor, sekiranya dia bergelar juara.

Idayu, 32, atau nama penuh Farah Idayu Yaakob, menepati ramalan sejak awal lagi selepas menampilkan persembahan konsisten setiap minggu juga meraih markah tinggi daripada juri dan undian yang banyak. Idayu menerima hadiah wang tunai RM100,000, trofi AF Megastar dan pakej percutian ke Turki, menewaskan finalis lain seperti Marsha (AF 3), Bob (AF 2), Syamel (AF 2015) dan Shahir (AF 8).

Sementara itu Syamel memenangi dan kategori Ultimate Performer, yang menawarkan hadiah baucar beli-belah bernilai RM3,000 serta trofi. Manakala Marsha meraih Anugerah Terlajak Megastar yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000. Konsert AF Megastar dihoskan oleh Datuk Aznil dan Datuk Ramli MS serta Syafinaz Selamat bertindak sebagai juri tetap.

Antara 12 bintang lain yang berjaya melangkah ke pentas AF Megastar ialah Adira (AF 8), Azhar (AF 2013), Ewal (AF 2014), Sufi (AF 2015), Indah Ruhaila (AF 2013), Amir Jahari (AF 9) dan Amir (AF 2016).

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Foto: Instagram.com/marshamilan

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness