Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Ibu Demi Lovato Kongsi Keadaan Terkini Anaknya Setelah Kes Overdose

Ibu Demi Lovato Kongsi Keadaan Terkini Anaknya Setelah Kes Overdose

Ibu Demi Lovato, Dianna De La Garza berkongsi perkembangan terkini anaknya itu yang kini berada dalam keadaan sihat dan semakin sembuh selepas 90 hari.

 

Menurut laporan Daily Mail, Dianna, yang juga sebenarnya pernah menderita ketagihan alkohol telah ditemu bual dalam Sirius XM dan mendedahkan keadaan anakanya buat masa ini. "Demi mempunyai 90 hari dan saya rasa sangat bersyukur dan bangga dengannya kerana berjaya mengatasi ketagihan itu. Ia sangat susah dan tak ada jalan pintas."

Dianna menambah bahawa dia sendiri tidak pasti bagaimana Demi kembali ke tabiat lamanya dan mengambil barangan terlarang. Tambahnya dia mengetahui Demi tidak sedarkan diri daripada rakan baik yang menghantar SMS, bukannya daripada poihak polis ataupun hospital.

"I just saw on TMZ and I'm so sorry", itulah teks yang diterima Dianna. "Sebelum saya sempat mencari jawapan di portal TMZ, pembantu peribadi Demi menghubungi saya dan memaklumkan dia dan Demi di hospital. Bila mengetahui Demi overdose, saya berdoa supaya dia masih hidup ketika itu", kongsi Dianna

Demi sebelum ini rebah dan tidak sedarkan diri di rumahnya di Los Angeles kerana overdose pada bulan Julai lepas dan dibawa ke hospital. Sejak dari itu, Demi dimasukkan ke pusat pemulihan dan mengeluarkan emotional personal statement, dengan berkata "I look forward to the day where I can say I came out on the other side. I will keep fighting.

Artikel asal: Alanna Greco (Cosmopolitan.com)

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Image result for demi lovato

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker