Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Hubungan Intim Boleh Buat Tubuh Gemuk?

Oh no…really? Adakah kamu perlu kurangkan aktiviti seks dengan suami jika tidak mahu tubuh berisi? Salah!

 

 

FALSE ALARM! Tidak, seks tidak buatkan kamu gemuk tapi sebenarnya seks bersamaan dengan bersenam. Cardio + yoga buat pasangan yang ekstrem, jogging + crunches buat pasangan yang sukakan posisi missionary dan HIIT + pilates buat mereka yang ‘kaki eksperimen’! Jadi jika ada suara tidak diundang berbisik kepadamu mengatakan bahawa seks boleh buat kamu gemuk, pedulikan sahaja pendapat tidak berasas itu! Cosmo kongsi beberapa posisi seks yang sebenarnya boleh membakar lebih banyak kalori dan membina otot berbanding daripada aktiviti seharian kamu di gimnasium.

 

MISSIONARY

Posisi ini boleh menjadi posisi terbaik untuk senaman kamu. Melalui posisi ini seluruh otot di tubuh akan digerakkan dengan menyeluruh termasuk otot-otot utama, bahagian dada, belakang dan lengan. Pergerakan ini akan membentuk otot di bahagian perut dengan lebih baik.

 

DOGGY

Melalui posisi ini kamu akan dapat menguatkan otot di bahagian lengan dan bahu serta hamstring kamu. Jika dilakukan dengan betul dan sempurna kamu juga dapat melihat kesan positif pada otot kaki.

 

ARCH

Posisi ini sebenarnya akan memberi manfaat kesihatan kepada keseluruhan anggota tubuh badan kamu. Pergerakan pada posisi ini menyamai pergerakan dalam yoga yang dapat melegakan kesakitan di bahagian belakang badan. Untuk wanita, posisi ini amat baik kerana kamu seolah-seolah sedang melakukan senaman untuk keseluruhan badan.

 

BRIDGE

Seperti Arch, posisi ini juga memberi manfaat kepada seluruh badan. Kesan dan gaya posisi ini tidak jauh bezanya dengan Arch. Namun penekanan terpenting dalam posisi ini ialah otot-otot utama dan di bahagian lengan.

 

THE WHEELBARROW

Posisi ini memberikan keutamaan kepada pembentukan otot lengan, dada, hamstring dan bahu. Untuk lelaki posisi ini mungkin satu keadaan yang sukar, namun kamu akan mendapat manfaat otot yang sangat baik. Untuk wanita pula, posisi ini merupakan pengganti untuk tekan tubi yang kamu selalu lakukan. Ini sebenarnya mampu membantu wanita meningkatkan keupayaan otot dada, bahu, lengan dan di belakang badan.

 

THE SQUAT

Posisi ini dianggap lebih menyeronokkan dan mampu menguatkan otot hamstring dan beberapa bahagian otot utama yang lain. Posisi ini memberikan tahap kesukaran yang seimbang untuk lelaki dan wanita.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert