H&M Raikan Hari Raya Bersama Ayda Jebat - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

H&M Raikan Hari Raya Bersama Ayda Jebat

Get ready your wallet, girls.

Ayda Jebat for H&M

 

Kamu peminat Ayda Jebat? Sambutan raya kamu kali ini pasti lebih menarik kerana H&M mengumumkan kolaborasi bersama penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat.  Dipilih secara eksklusif oleh Ayda sendiri daripada koleksi terkini H&M, antara helaian yang boleh kamu dapati adalah skirt flowy, blaus bercetak flora serta aksesori warna-warni yang pastinya hebat digayakan kala raya nanti. Selain itu, Ayda turut memilih pelbagai aksesori rumah daripada H&M Home sempena musim perayaan yang akan datang.

 

“Sebagai peminat H&M, saya teruja dapat bekerjasama dengan jenama highstreet terkenal seperti H&M untuk majlis istimewa ini. Pakaian wanitanya begitu feminin, mudah disuai padan dengan aksesori chunky dan dipakai untuk menziarah keluarga dan rakan-rakan di hari raya. Saya tak sabar nak habiskan masa berkualiti dengan mereka di musim perayaan ini dan berkongsi beberapa item kegemaran saya dari koleksi H&M yang terkini.”

 

Seleksi Ayda Jebat Hari Raya for H&M boleh mula didapati bermula 16 Jun ini. Apa kamu tunggu lagi?

 

 

Seorang fashion enthusiast. OOTD is my ‘thang’. Akan ‘serang’ dessert corner dulu bila pergi ke bufet. Suka menonton rancangan memasak dan RuPaul’s Drag Race. Nampak lembut tapi sebenarnya fierce! Quote kegemaran? “Life is too short to wear boring clothes”, so have fun with it!

Fashion Diva