H&M Home Raikan Hari Raya Bersama Anzalna Nasir - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

H&M Home Raikan Hari Raya Bersama Anzalna Nasir

Hiasi indah ruang rumahmu dengan koleksi Hari Raya Anzalna Nasir for H&M Home.

Hari raya tahun ini lebih istimewa dengan kolaborasi Anzalna Nasir for H&M Home yang menampilkan barangan rumah daripada koleksi Musim Panas 2017 dipilih khas oleh artis terkenal itu sendiri. Kempen ini merupakan gabungan tenaga pasukan kreatif yang terdiri daripada Ben Firdaus Azraai (penata décor), Raisa Azzam (jurugambar fesyen) dan Khir Khalid (jurusolek selebriti) yang bertanggungjawab untuk menyemarakkan semangat Hari Raya bersama Anzalna.

Kami berasa cukup teruja untuk berganding bersama Anzalna yang merupakan contoh sempurna cinta H&M kepada fesyen dan dekor rumah,” kata Fredrik Famm, Country Manager for H&M Southeast Asia. “Kami berharap item pilihan Anzalna dapat memberi inspirasi kepada pelanggan kami untuk menghias rumah mereka dengan trend terkini sempena Hari Raya yang bakal tiba.”

Antara item dan barangan yang dipilih oleh Anzalna termasuklah sarung kusyen, selimut, pasu, dulang, pinggan, balang, lilin, pemegang lilin dan alas lantai yang bukan sahaja sempurna untuk Hari Raya tetapi juga sesuai dijadikan item dekoratif di ruang rumahmu sepanjang tahun!

Mencedok ilham daripada lautan dan kehijauan alam, koleksi Musim Panas kali ini cipta perasaan percutian santai dengan percikan rona-rona vibrant seperti merah jambu dan kuning terang. Pengaruh bohemian juga jelas terpampang menerusi keseluruhan koleksi ini dengan corak biru lautan pada kain cadar, pelapik kerusi bercorak bunga dan cetakan daun hijau tambah sentuhan tropika.

“Saya amat gembira untuk berkongsi cinta saya terhadap hiasan dalaman menerusi barangan kegemaran pilihan saya sendiri dari koleksi H&M Home,” kata Anzalna. Tambahnya lagi, “Aksesori rumah ini cukup eye-catching dan stand-out di setiap sudut, namun masih tampak indah secara keseluruhan juga. Tak sabar rasanya untuk mengundang seluruh keluarga dan teman ke rumah ‘baru’ kami yang dihiasi dengan barangan H&M Home.”

Anzalna Nasir for H&M Home boleh didapati di H&M Home – H&M Avenue K, H&M Quill City, H&M IOI Putrajaya dan H&M Spring Kuching.

 

Seorang fashion enthusiast. OOTD is my ‘thang’. Akan ‘serang’ dessert corner dulu bila pergi ke bufet. Suka menonton rancangan memasak dan RuPaul’s Drag Race. Nampak lembut tapi sebenarnya fierce! Quote kegemaran? “Life is too short to wear boring clothes”, so have fun with it!

Fashion Diva