Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Hirup Udara Segar Di Kaki Gunung Tertinggi Switzerland!

Zermatt  terletak di bahagian atas Mattertal pada ketinggian 1,620m di kaki gunung tertinggi Switzerland. Zermatt terkenal sebagai tempat peranginan dan resort ski di Pegunungan Alpen Swiss, jadi tak salah untuk kamu cuba perkara baru seperti bermain ski. Sekali seumur hidup, why not?

4 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

Terdapat enam chalet, 36 bilik dan suite. Interior dalaman hotel ini hanya menggunakan material semula jadi, warna neutral dan reka bentuk yang menarik – membentuk momen percutian yang tidak dapat dilupakan dengan pandangan Matterhorn. Setiap bilik mempunyai spa sendiri, kamu dapat menikmati keindahan dunia Alpine di sini dalam suasana intim – seolah-olah ada private party bersama teman.

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist