Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Himpunan Gaya All Black Di Acara Golden Globes 2018

Golden Globes 2018 menyaksikan acara karpet merah anugerah berprestij itu dipenuhi dengan busana hitam pelbagai gaya sekali gus mencipta sejarah tersendiri sepanjang 75 tahun berlangsung. 

Mereka sebenarnya bersepakat mengenakan busana hitam sebagai simbolik memberikan sokongan kepada kempen yang diketuai oleh beberapa pelakon wanita popular Hollywood. Kerry Washington, Reese Witherspoon dan Natalie Portman adalah antara selebriti yang menjalankan kempen #TimesUp ini.

Kempen #TimesUp dijayakan sebagai sokongan kepada beberapa wanita yang pernah menerima gangguan seksual, teraniaya dan yang pernah dipandang sebelah mata hanya kerana dilahirkan sebagai seorang wanita. Kempen ini juga diharap dapat mengubah persepsi dunia dengan memberikan wanita hak yang sama seperti lelaki.

HIMPUNAN GAYA DAN FESYEN SELEBRITI DI GOLDEN GLOBES 2018

Foto: Cosmopolitan.com/Hollywoodlife.com

7 of 26
Use your ← → (arrow) keys to browse

Helen Mirren

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness