Hilang 12 KG Dalam Sebulan, Sam Smith Kongsi Tip Diet
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Hilang 12kg Dalam Sebulan, Sam Smith Kongsi Tip Diet

Segalanya berubah 360 darjah selepas Sam Smith berjumpa dengan pakar Pakar Terapi Nutrisi, Amelia Freer, yang membantu Sam menjadi lebih sihat, kurus dan mentally happy.

Amelia yang juga pernah diupah oleh pengacara terkenal James Corden dan Victoria Beckham tampil dengan idea bernas dan terbukti berkesan menguruskan badan secara sihat dan cepat. “Do not count your calories intake“, katanya.

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kejayaan Amelia membantu ramai selebriti juga klien menurunkan berat badan menjadikan buku nutrisi tulisannya – Eat. Nourish. Glow. laris di pasaran.

Sam Smith dilihat sedikit susut tubuhnya ketika di Anugerah Grammys Februari lalu, ketika dia menerima empat trofi. Kemudian Sam banyak meluangkan masa bersenam dan menjaga pemakanan mengikut plan diet yang diberikan oleh Amelia.

“Saya tidak menyentuh makanan berasaskan tepung dan gluten, produk tenusu seperti susu full cream, keju, makanan manis dan dessert”. Menurut Sam dia juga mengamalkan yoga dan mengunyah kiub ais diperbuat daripada herba sebagai snek menggantikan keropok dan kentang goreng. “I love food so it’s a constant battle. It’s always going to be a battle but I’m trying my best”, katanya kepada CBS.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness