Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Hidangan Sihat Dalam Masa 40 Minit

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

 

2) SALMON BERSAMA SALAD AVOKADO DAN TIMUN

Hidangkan ikan salmon bersama soy glaze berserta salad avokado dan timun untuk menu ala restoran mewah lima bintang. Hidangan Asian-inspired ini amat mudah dimasak dan mengambil masa 25 minit saja!

 

BAHAN-BAHAN

1 sudu besar madu

2 1/2 sudu teh low-sodium soy sauce

1/2 sudu teh tepung jagung

4 kepingan salmon yang dibuang kulit

1 sudu teh minyak bijan

Garam kosher

2 sudu besar cuka beras

1 sudu besar mayones

1 batang timun (dihiris saiz sederhana)

3 helai daun bawang (dihiris halus)

1 biji avokado (dipotong dadu)

 

CARA PENYEDIAAN

[1] Panaskan ketuhar pada 200 darjah celsius. Campurkan madu, 2 sudu teh low-sodium soy sauce dan tepung jagung di dalam mangkuk kecil. Panaskan di dalam microwave selama 30 hingga 40 saat.

[2] Gosok kepingan salmon bersama 1/2 sudu teh minyak bijan dan tambahkan sedikit garam kosher. Letakkan ikan di atas dulang pembakar dan bakar selama 5 minit. Keluarkan daripada ketuhar dan beruskan campuran madu bersama low-sodium soy sauce tadi di kedua-dua belah ikan. Masukkan semula ikan ke dalam ketuhar dan bakar sehingga masak (lebih kurang 7 hingga 9 minit).

[3] Sementara ikan sedang masak, campurkan cuka beras, mayones, 1/2 sudu teh low-sodium soy sauce dan minyak bijan di dalam mangkuk besar. Masukkan timun, daun bawang dan 1/4 sudu teh garam kosher dan gaul sebati. Kemudian masukkan avokado dan hidangkan bersama salmon.

 

MAKLUMAT NUTRISI

Kalori – 385 kalori

Lemak – 18 gram

Lemak tepu – 3 gram

Kolesterol – 98 miligram

Sodium – 498 miligram

Karbohidrat – 16 gram

Serat – 5 gram

Protein – 39 gram

 

Foto: 123rf.com

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert