Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Hidangan Sihat Dalam Masa 40 Minit

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse
Bukan susah untuk sediakan hidangan sihat. Tapi perlu tunggu sampai ‘pecah minyak’ atau tumis sampai lekat. Hanya ‘campak’, gaul dan hidang. Cosmo kongsi dua resipi sihat untuk kamu cuba. Tiada lagi alasan untuk makan hidangan berlemak dan tinngi kalori okey!

 

1) PASTA ANGEL-HAIR BERSAMA UDANG DAN SAYUR

Seimbangkan karbohidrat dengan udang. Sedozen udang hanya mempunyai 85 jumlah kalori! Ia juga kaya dengan protein dan selenium – sumber antioksidan yang hebat.

 

BAHAN-BAHAN:

3 sudu besar extra-virgin olive oil

4 ulas bawang putih (dipotong dadu)

1 cawan tomato ceri (dibelah dua)

Garam kosher

50 gram pasta angel-hair

8 cawan kale (dicincang)

400 gram udang (dibuang kulit)

1/2 sudu teh red pepper flakes

Lada hitam

1/2 cawan daun basil segar (dicincang)

1/2 cawan jus lemon

 

CARA PENYEDIAAN

[1] Masak pasta di dalam periuk besar bersama air garam dan celur kale. Tos dan bilas di bawah air sejuk. Kemudian pindahkan ke dalam mangkuk besar.

[2] Masukkan udang, red pepper flakes, 1/2 sudu teh garam kosher dan lada hitam secukupnya ke dalam mangkuk bersaiz sederhana. Panaskan olive oil di dalam kuali, tumis bawang putih selama satu minit. Masukkan campuran udang tadi dan masak tiga minit. Tambah tomato ceri dan sebatikan kesemua bahan.

[3] Campurkan udang dan pasta bersama dan tambah daun basil segar serta jus lemon . Gaul sebati dan hidangkan.

 

MAKLUMAT NUTRISI

Kalori – 420 kalori

Lemak – 13 gram

Lemak tepu – 2 gram

Kolesterol – 145 miligram

Sodium – 800 miligram

Karbohidrat – 49 gram

Serat – 3 gram

Protein – 25 gram

Gula – 5 gram

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert