Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Hidangan Eat Clean Buat Tubuh Kamu

Eat clean semakin menjadi trend… Siapa yang akan jaga pemakanan kamu dengan nutrisi dan cara masak yang betul jika bukan diri sendiri, betul tak? Jika kamu sedang berdiet dan mahukan hidangan sihat serta lazat, cuba ke restoran menarik yang Cosmo cadangkan ini.

REAL FOOD
1 Mont’ Kiara, G-11, No. 1, Jalan Kiara, Mont Kiara, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 10am-10pm (dibuka setiap hari)
Kafe khas buat vegetarian ini juga ada menjual bahan keperluan untuk kamu yang suka makanan sihat. Cosmo mencuba seaweed bersama sup shitake, memang sedap. Kalau kamu gemarkan makanan Jepun, kami cadangkan kamu cuba masakan Jepun iaitu Miso Mulukhiyah Soy Sauce Noodles, iaitu mee dengan sos kicap. Jika lapar kamu boleh cuba sesuatu yang lebih ‘berat’ seperti piza organik.

ORGANICA LIFESTYLE
66, Lorong Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur.
Waktu operasi: 10am-5pm (dibuka setiap hari)
Bila sebut eat clean, tak semestinya kamu perlu makan sayuran hijau saja, ia merangkumi pelbagai aspek. Cosmo suka Organica Lifestyle kerana menu yang ditawarkan sedap dan menyihatkan, antaranya Veggie Goodness iaitu zukini, lobak merah, avokado dan keju feta yang dihidangkan bersama salad. Rugi jika kamu bukan penggemar sayuran! Untuk pencuci mulut, cuba beras hitam dengan mangga, yogurt kelapa dan biji chia. Pasti ‘terangkat’! Suasana di kafe ini juga cukup menenangkan walaupun ia terletak di tengah-tengah kota metropolitan.

SIMPLE LIFE
LG-232A, Lower Ground Floor, The Gardens Mall, Mid Valley City, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 10am- 10pm (dibuka setiap hari)
Kafe ini mempunyai 11 cawangan di seluruh Lembah Klang. Cili Padi Fried Brown Rice yang dihidangkan cukup menepati selera. Simple Life menggunakan beras perang di dalam hidangannya kerana ia tanpa kanji. Jika kamu mahukan menu yang lebih ringan, cuba snek seperti Seaweed Rolls atau Golden Apple Roll. Yums!

 

Foto:123rf.com

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist