Helo, Rambut Baru! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Helo, Rambut Baru!

New ‘do, new you! Memotong beberapa inci rambut boleh menjadi sedikit overwhelming, apatah lagi jika kamu berambut panjang dan  mahukan a fresh new hairdo. Yes! Hair is a big deal to most women. Katakan helo kepada rambut baru!

49516890 - female client wants to have short hair

 

Rambut adalah ‘makhota’ paling berharga buat wanita, jadi rambut baru dipotong berikan perasaan lebih yakin. Akan tetapi, trip ke salun rambut boleh menjadi cukup mendebarkan kerana kamu tidak sabar untuk ketahui the outcome. Apabila Cosmo dijemput untuk mencuba servis salun rambut di Number 76 di Publika, we thought why not? Number 76 merupakan salun yang berasal daripada Jepun, dan kini mempunyai beberapa buah cawangan di sekitar Kuala Lumpur. Ia juga banyak dikunjungi oleh famous bloggers seperti Jane Chuck dan Hanie Hidayah serta selebriti, Lisa Surihani dan Kaka Azraff (just to name a few). Sebelum ke salun, penting untuk ketahui stail rambut bagaimana yang kamu inginkan, jadi Cosmo cadangkan kamu check out dulu Instagram Number 76 dan teliti gambar-gambar untuk dijadikan reference nanti (Tip 1).

image pub

Cosmo jatuh cinta dengan rekaan interior salun Number 76 yang bertemakan open space with chic cosy vibe! Senior stylist, Lucas Tee was our hair stylist that day. Kami meminta untuk transformasi rambut yang ketara jadi dia mencadangkan untuk mencuba paras bahu (hottest length of the season). Always consult with your hairdresser! (Tip 2). Jika kamu mempunyai apa-apa kebimbangan mengenai rambutmu, jangan berasa malu untuk beritahunya. Mereka akan runding dan memberi cadangan apa yang terbaik untuk rambutmu.

  SEBELUM  

image3

     SELEPAS

Processed with VSCO with p5 preset

Kami diberi servis untuk memotong, mewarna, highlights dan rawatan rambut. Secara keseluruhan, proses ini mengambil masa dalam sejam setengah sahaja. Setiap proses dilakukan secara teliti dan mewah. Kamu akan dilayan bak puteri raja! Overall, Cosmo cukup berpuas hati dengan hasilnya. Thank you Number 76, we definitely going to pay you a visit again!

 

Overall Review:

Hair services: 8.5/10

Ambiance: 8/10

Friendliness: 8/10

 

Foto utama: 123rf.com

 

Seorang fashion enthusiast. OOTD is my ‘thang’. Akan ‘serang’ dessert corner dulu bila pergi ke bufet. Suka menonton rancangan memasak dan RuPaul’s Drag Race. Nampak lembut tapi sebenarnya fierce! Quote kegemaran? “Life is too short to wear boring clothes”, so have fun with it!

Fashion Diva