Helah Rasa Lebih Segar - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Helah Rasa Lebih Segar

Rasa tak bersemangat nak mulakan harimu? Cuba tip mudah ini untuk buat tubuh kamu rasa lebih bertenaga.

10219140_l

 

1) Curi Masa Untuk Lelapkan Mata

Ramai percaya tidur sebentar pada waktu tengahari baik untuk tubuh. Jadi dapatkan tidur secukupnya setiap malam dan curi mata setengah jam ketika waktu lunch di pejabat untuk lelapkan mata agar tubuhmu kembali segar.

 

2) Minum Air Bersama Hirisan Sitrus

Sebaiknya minum segelas air dengan hirisan lemon sejurus selepas kamu bangun dari tidur. Ini boleh membantu mengejutkan metabolisme kamu, jadi kamu akan lebih bersedia dan bersemangat untuk mulakan harimu.

 

3) ‘Hirup’ Lebih Cahaya

Helah untuk tubuh rasa lebih segar: Makan sarapan di tepi tingkap. Cahaya yang masuk akan menyekat pengeluaran melatonin, hormon yang memberi isyarat kepada tubuhmu untuk tidur.

 

Foto: 123rf.com

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert