Harris Baba Semakin Diminati - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Harris Baba Semakin Diminati

Walaupun tidak mempunyai darah Melayu, namun Harris berbakat melakonkan watak dan menyanyi di dalam Bahasa Melayu dan kini sedang mencuba memperbaiki diri untuk bertutur dalam bahasa ini.

Harris Baba 1

 

Pendatang baru dalam industri hiburan Malaysia ini telah memulakan penglibatannya dengan menceburi bidang lakonan dan modeling. Dia mula menapak di dalam bidang lakonan dengan dua buah teledrama yang bertajuk Alien Planet Cinta pada November 2015 dan Cinta Viral lakonan bersama Elfira Loy. Kini dia melebarkan sayapnya dalam bidang nyanyian pula. Berasal dari Singapura, anak kacukan Pakistan/Cina dan Pakistan/Iran ini kini tampil dengan single sulung bertajuk Katakan yang berentak mellow.

 

Faizal tahir merupakan pencipta lagu Katakan bersama Mike Chan dan Ezra Kong yang juga selaku penerbit single tersebut. Video lagu ini telah dimuat naik di Youtube pada Mac lalu dan kini telah mencecah lebih 200 ribu tontonan dalam masa  singkat. Harris Baba kini di bawah tiga syarikat rakaman dan pengurusan iaitu Faithful Music selaku Artiste & Repetoire (A&R), manakala Uprising Entertainment dan Warner Music Malaysia pula akan menentukan hala tuju karier dan pengurusan kerjayanya sebagai seorang anak seni. Menurut Harris, dia kini bersedia untuk mewarnai industri hiburan tempatan dan berharap agar diterima oleh semua pencinta muzik Malaysia.

 

Harris Baba - Katakan

 

Katakan  merupakan satu lagi edaran digital Warner Music (M) Sdn Bhd dan hasil usahasama bersama Uprising Entertainment dan Faithful Music Sdn Bhd. Lagu ini juga sudah boleh didapati di iTunes, KKBOX, Spotify dan Deezer.

Check out perkembangan terbarunya media sosial!

Instagram: @harrisbaba

Twitter: @HarrisBaba_

Facebook: Harris Baba

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness