Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Hari Wanita Sedunia

Jom sertai kempen ini sempena Hari Wanita Sedunia!

Hari Wanita Sedunia diraikan oleh kebanyakan negara di seluruh dunia. Ia adalah hari di mana wanita diberi penghargaan di atas pencapaian mereka tanpa mengambil kira jurang perbezaan sama ada dari segi etnik, bahasa, budaya, ekonomi mahupun politik.

Tahun ini, kami ingin kongsikan satu perkataan yang membawa erti kemajuan kepada kami. Kami mahu menjadi ‘suara’ kamu dan mahu ia didengari. Sudah tiba masanya wanita menilai kemajuan yang telah dibuat, melakukan perubahan dan meraikan keberanian serta keazaman wanita biasa yang memainkan peranan luar biasa.

Sertai kempen kami; kongsikan satu perkataan yang membawa erti kemajuan kepada kamu.

1. Kongsikan satu perkataan yang bermaksud kemajuan kepada kamu dalam cara paling kreatif – sama ada dalam bentuk gambar atau video.
2. Muat naik di media sosial dengan hashtag #WOMANUP #MYPRESSFORPROGRESS

Contoh: