Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Hanya Peminat Tegar Sheila On 7 Sahaja Yang Hafal 10 Lagu Ini

Ketika kali pertama Sheila On 7 muncul di pasaran muzik Malaysia sekitar tahun 1999 dengan lagu Dan, mereka diibaratkan sebagai sebuah group dari seberang yang membawakan vibes segar sekaligus mewarnai industri muzik tempatan.

Cosmo boleh katakan Sheila On 7 sebenarnya yang mencetuskan kegilaan peminat muzik tempatan dengan muzik Indo Pop dengan lirik yang hebat, disusuli band-band lain seperti  Peterpan, Radja, Gigi, Dewa 19 dan Nidji. Masih ingat lagi ketika itu pemuzik dan band-band di Malaysia tergugat dengan kehadiran mereka kerana kononnya golongan muda di Malaysia terlalu mengagungkan band dari seberang?

Bukan mahu membanggakan mereka dan bukannya tiada band Malaysia yang bagus ketika itu, tetapi kebanjiran mereka membawakan kelainan dalam industri muzik tempatan yang ketika itu ketandusan kualiti dan idea. Malah Sheila On 7 antara grup dari Indonesia yang sangat ikonik dan lagu-lagu mereka masih lagi segar jika diperdengarkan kepada anak-anak millenial sekarang.

Sheila On 7 bakal muncul kembali dalam sebuah konsert yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu, 10 Februari 2018 di StarXpo Hall, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur bermula 8.30 malam. Konsert "SHEILA ON 7 - LIVE IN KUALA LUMPUR 2018" itu adalah sebagai tanda terima kasih buat peminat di Malaysia yang telah menyokong karier mereka sepanjang 22 tahun ini.

Tiket-tiket dijual dengan harga RM 315 (Meet & Greet), RM215 (Diamond), RM165 (Platinum), RM125 (Gold) dan RM85 (silver). Tiket mula dijual mulai 21 Disember 2017 di www.mytickets.asia. Diskaun sebanyak 15% disediakan untuk 250 pembeli tiket pertama (tidak termasuk tiket Meet & Greet). Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03 8605 0195/0122560082 atau layari www.shirazprojects.com.

Sempena kehadiran mereka sekali lagi tahun ini, Cosmo senaraikan 10 buah lagu ikonik SO7 yang pasti membawa kamu ke era kemunculan pertama mereka sehingga ke hari ini. Kalau kamu hafal kesemua 10 buah lagu ini, bermakna kamu secara rasminya #SheilaGank tegar!

8 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness