Hanya Barang Ini Sahaja Yang Patut Kamu Bawa Ketika Travel!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Hanya Barang Ini Sahaja Yang Patut Kamu Bawa Ketika Travel!

Luggage overweight? Tak perlu bawa banyak barang pun sebenarnya. Paling penting, kualiti masa yang kamu habiskan di destinasi idaman.

Bawa yang penting-penting saja, mudah untuk perjalananmu. Lagipun banyak cenderahati yang perlu dibeli untuk semua orang, kan? Ini essential things kala kamu bercuti!

Longjohn

Jika melancong ke tempat sejuk, Long John atau Heattech wajib dibawa bersama. Ia dipakai sebagai baju dalam untuk memerangkap haba sebelum kamu sarungkan trench coat.

Bikini.

Bila lagi kamu nak tayang abs di Instagram?

Duit, kad kredit dan pasport.

Letakkan semua barang berharga seperti duit, kad kredit dan pasport di satu tempat yang selamat selain dompet. Jika dompet kamu hilang, kamu takkan kehilangan semua barang berharga.

Cermin mata hitam. 

Must have item dalam tas tangan kamu. Mungkin kamu kurang bersolek ketika bercuti kerana cuaca terlalu panas atau sejuk, jadi untuk cover mata sembap, sarungkan cermin mata hitam!

Toiletries
Kalau tertinggal beg kecil ni memang susah! Bawa mana perlu saja seperti berus gigi, ubat gigi, make-up remover, kapas muka, sikat dan krim UV.

Travel adapter.

Bukan semua plug sama seperti di Malaysia. Jika melancong ke luar negara, adapter sangat diperlukan untuk memudahkan penggunaan plug.

Sneakers.

Lebih mudah sarungkan sneakers berbanding sandal atau kasut tumit tinggi. Sepanjang bercuti, ‘wajib’ bawa sepatu selesa kerana banyak tempat kamu nak kunjungi.

Tisu basah.

Nampak remeh tapi sebenarnya penting kerana tisu basah mudahkan kamu ke tandas atau membersihkan solekan jika kamu tertinggal make up remover.

Topi.
Aksesori yang kamu perlu bawa jika bercuti di pulau atau pantai. Pelengkap gaya pantai kamu!

Foto: 123rf.com

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist