Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Hangat Berahi Sepanjang Malam

Inginkan hubungan intim kamu dan suami kekal hangat sepanjang malam? Ini antara helah yang boleh kamu cuba untuk mengubah fantasi ke malam ooh-lala…

51513455_m

 

Eat, Play, Love
Makanan yang baik berikan kamu tenaga berpanjangan. Jadi mulakan makan malam dengan salmon bersama quinoa dan sayur kale, ataupun hidangan salad bersama bayam dan ubi bit. Coklat dan krim putar dapat membantu jadikan situasi lebih hangat dan seksi. Untuk makanan bagi meningkatkan tenaga, simpan semangkuk beri biru atau raspberi yang kaya antioksidan berhampiran katil kamu. Jadikan ia sebahagian daripada keseronokan bersama pasangan kamu dengan menyuap satu sama lain.

 

Hidratkan Tubuh
Minumlah segelas air sejuk untuk hilangkan dahaga atau air isotonik bagi menggantikan elektrolit dalam badan. Jika kamu tak mahu keadaan ‘terpotong’ dek kehausan, apa kata bermanja bersama pasangan dan berkongsilah minum dalam gelas yang sama. Bukankah seksi tu…

 

Jangan Tergesa-gesa
Jika tidak beri masa secukupnya untuk sesi foreplay, kamu takkan dapat bertahan untuk sesi maraton bersama si dia. Kita selalu ingat foreplay adalah kaedah ‘memanaskan badan’, tetapi seks yang hebat sepatutnya mengambil masa dengan sesi sentuhan, ciuman yang lama, serta sedikit gurau senda bersama pasangan kamu untuk hangatkan suasana. Kamu juga boleh cuba bereksperimen dengan teknik atau posisi berbeza untuk realisasikan fantasi kamu dan si dia.

 

Tak Perlu Terlalu Bekerja Keras
Si dia mungkin tak mahu mengaku, tetapi mungkin dia juga akan risau tentang kemampuannya untuk bertahan sepanjang malam. Ambil masa perlahan-lahan agar si dia tak rasa tertekan. Apabila keadaan sudah memuncak, ketahui caranya untuk pastikan si dia tidak ‘menyerah kalah’ terlalu awal. Tukar posisi seperti kamu berada di atasnya atau minta suami bergerak dengan lebih perlahan serta lebih intimasi terhadap kamu.

 

Pastikan Pelincir Mencukupi
Tahu apa paling penting bila berhubungan penting? Pelincir. Jika ia kurang atau tak ada langsung, kamu boleh rasa tak selesa atau melecet di bawah sana lebih-lebih lagi dalam hubungan intim yang berterusan. Tetapi ingat, kalian tak perlu terus-menerus melakukannya. Kamu dibenarkan untuk berehat seketika dan jika perlu, take a quick nap untuk kembali bertenaga.

 

Clothes Call
Untuk malam istimewa, cuba berpakaian seksi dan berdandan untuk menarik lebih perhatian suami. Jika sebelum ini kamu lebih selesa mengenakan baju kelawar atau pijama biasa – it’s time to stop! Berdandan dan berpakaian menarik dapat membangkitkan mood dan suasana. Sarungkan lingerie yang membuatkan kamu rasa hebat dan super hot!

 

Jadikan Sesi Ini Lebih Menyeronokkan
Kamu boleh ajak suami bermain game untuk jadikan sesi intim lebih menarik. Dapatkan kad yang mempunyai arahan-arahan posisi seksi, di mana dia perlu menyentuh tubuhmu mengikut arahan yang tertera di kad. Atau tutup matanya dengan kain supaya dia rasa teruja dan tertanya-tanya bahagian mana kamu akan mencumbunya.

 

Foto: 123RF.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor