Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Hamparan Warna-Warni Neapolis

Mengambil tempat lahirnya, Naples, sebagai inspirasi, Lucia Pica, Chanel Global Creative Makeup And Color Designer menampilkan Neapolis, koleksi Spring/Summer 2018 dengan serakan warna tanpa sempadan... Hanya tinggal untuk kamu mengembangkan lagi seni di depan matamu dengan kreativiti tersendiri...

https://www.youtube.com/watch?v=0NTQUlS_0dI

2 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

“Semua elemen Naples ada di sini”… Kata Lucia Pica tentang palet pembayang mata yang menakjubkan, Palette 9 Ombres Edition No.1 Affresco. Palet yang menawarkan mainan warna serta tekstur ini menampilkan tiga kemasan matte, satin dan high-shine. Dipengaruhi oleh pelbagai aspek, moden dan purba, suci dan sensual, sejarah dan kehidupan… Setiap inspirasi warna diperolehi daripada jejak Neopolitannya daripada batu gunung berapi ke lautan di waktu malam dan setiap satu warna bertujuan menyerlahkan penampilan pemakainya.

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru