Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Hadapi Perasaan Sedih

Daripada kamu menangis sambil habiskan sebalang ais krim (dan kemudian berat badan bertambah), lebih baik kamu guna cara ini untuk ‘tepis’ perasaan sedih kamu itu. 

34946952_l

1. Tulis perasaanmu dalam diari

Cara berkesan untuk berhadapan dengan depresi? Fahami bagaimana fikiran mempengaruhi mood kamu. Buat nota tentang perasaan kamu dan perkara yang menyebabkannya.

2. Kesan pemikiran negatif

Cabar perkara negatif dalam fikiranmu seperti “Saya memang tak pandai buat apa-apa” dengan alternatif positif seperti “Jika saya usaha lebih, pasti saya mampu lakukannya.”

3. Sentiasa aktif

Bersenam dapat meningkatkan bahan kimia dalam otak yang membuatkan kamu rasa gembira. Berjalan-jalan saja pun boleh kerana ia mampu meningkatkan semangat kamu.

4. Makan secara sihat

Kajian menunjukkan diet boleh mempengaruhi mood. Sesetengah karbohidrat dan makanan bergula boleh buatkan kadar metabolisme lesu, menyebabkan kamu gloomy. Buah-buahan dan sayuran mempunyai efek sebaliknya.

5. Perhatikan diri kamu

Awasi mood dan tahap stress kamu. Jika rasa sangat down, berjumpalah pakar atau teman yang kamu percayai dan dapatkan sokongan yang kamu perlukan. Ingat, kadangkala cara terbaik untuk mengatasi masalah adalah dengan mengakui bahawa kamu perlukan pertolongan. Jangan takut ya.

Foto: 123rf.com

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert