Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Gold Coast: Sekali Pergi, Nak Pergi Lagi

Ia terkenal dengan taman tema dan syurga bagi surfers, tetapi Cosmo menerokai lebih daripada itu dan ini boleh kamu jadikan panduan bila ke sana.

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

BEYOND THE THEME PARKS

Kalau nak layan taman tema saja di Gold Coast, maka habislah seminggu kamu park hopping saja tanpa menikmati aktiviti lain. Jadi pilih yang mana kamu paling suka atau mungkin pilih berdasarkan yang kamu tak dapat alami di negara sendiri seperti Movie World (hilang di dalam dunia fantasi Warner Bros), Dreamworld (untuk yang gemarkan adrenalin rush menaiki thrill rides) dan Sea World − taman tema dengan lanskap indah, air membiru dan friendly dolphins berenang hampir dengan kamu memang sangat mengujakan. Di sini kamu boleh mencuba Sea World Scenic Helicopter Ride dan melihat pemandangan Sea World dan Gold Coast dari udara. Lima minit itu pastinya menjadi pengalaman berharga buatmu. Harga dewasa lebih kurang RM200. Tahu apa lagi yang kamu boleh buat dan ia eksklusif untuk pelancong luar saja? Dolphin Encounter! Kamu akan dibawa ke tempat mamalia bijak itu dilatih, tempat tinggal mereka di Sea World dan kamu boleh pegang, peluk dan beri makan dolfin yang jinak dan manja, tak lupa bergambar juga! Aktiviti ini kamu tak boleh tempah online atau di Sea World tetapi perlu lakukannya dengan ejen pelancongan di Malaysia. Banyak lagi yang boleh kamu lakukan di Sea World! Layari www.seaworld.com.au.

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist