Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Gold Coast: Sekali Pergi, Nak Pergi Lagi

Ia terkenal dengan taman tema dan syurga bagi surfers, tetapi Cosmo menerokai lebih daripada itu dan ini boleh kamu jadikan panduan bila ke sana.

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

MANA NAK TINGGAL?

OLYMPUS WATERMARK HOTEL & SPA GOLD COAST
Hotel 4.5 bintang ini terletak di tengah-tengah Surfer’s Paradise. Dan ia hanya lima minit untuk berjalan ke pantai, restoran, pusat beli-belah dan hiburan. Selesa dan cukup segala kemudahan yang kamu perlukan. Periksa kadar yang ditawarkan di www. watermarkhotelgoldcoast.com.au ya!

QT GOLD COAST HOTEL
Hotel funky bertemakan Nostalgic Surfer Chick Meets Miami Catwalk Cool ini sesuai untuk kamu yang gemarkan seni, rekaan, fesyen, muzik dan makanan. Biliknya luas dan dihiasi dengan touches of art, warna ceria dan hiasan yang super-funky. Semua hiasan di dalam bilik boleh kamu beli di butik cenderahati QTique di bawah. Di sini juga kamu boleh berbasikal secara percuma untuk ronda-ronda pekan. Cuba makanan di Bazaar Restaurant yang berkonsepkan marketplace. Take a virtual tour di www.qtgoldcoast.com juga untuk tempahan.

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist