Glow Tanpa Batasan Dengan Koleksi NARS Orgasm 2019 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Glow Tanpa Batasan Dengan Koleksi NARS Orgasm 2019

Jenama kecantikan itu mempersembahkan koleksi edisi terhad musim ini daripada warna ikonik jingga merah samar hangat yang menjadi obsesi ramai itu.

Walaupun bila disebut kamu akan dipandang sinis oleh orang lain, di dalam dunia kecantikan, semua orang tahu ‘Orgasm’ itu hanya satu benda sahaja dan ia adalah NARS Orgasm Blush. Sejak diperkenalkan pada 1999 oleh Pengasas dan Pengarah Kreatif NARS, François Nars, pembayang pipi itu telah menjadi kegemaran universal untuk warna hangat keemasan, jingga dan merah samar yang membuatkan wajah nampak berseri dan mekar seperti efek selepas ‘namanya’ itu.

NARS kini melancarkan koleksi ‘Orgasm 2019’. Setiap produk di dalam koleksi edisi terhad ini mendpat inspirasi daripada warna asalnya dan seri cahayanya tidak terbatas pada pipi sahaja. Hadir dalam bungkusan menawan rose-gold, menggantikan bungkusan hitam ikonik NARS selama ini. The icon, turned on.

Tiada penghujungnya: Untuk seri cahaya yang berpanjangan dengan Endless Orgasm Palette


Nars Endless Orgasm Palette, RM210


Enam warna krim dengan gelaran yang nakal seolah memberitahu kamu ia mampu digayakan mengikut imaginasimu tersendiri. Di mata, pipi, ataupun bibir, pigmen bak sutera itu boleh dipakai sendirian atau dipadan-padankan sesama sendiri dan menghasilkan gaya siang mahupun malam. Formulanya yang ringan mudah dioles dan diadun pada kulit dengan sempurna. Lembut gema cahayanya, ia sungguh mudah untuk dipakai!

Palet ini turut disertakan dengan rona Orgasm asal bersama lima rona tambahan. Orgasm Ecstasy krim lembut dengan mutiara keemasan, Deep Orgasm mauve metalik, Super Orgasm merah samar dengan kerlipan perak, dan Orgasm Fever rona tembaga menawan.


Nars Limited Edition Oversized Orgasm Blush, RM169

Kerana ia seperti ‘ruji’ dalam solekan, lebih besar lebih bagus, kan? Orgasm Blush yang hangat dengan merah samar jingga dan sedikit sentuhan keemasan ini adalah warna universal yang kelihatan cantik pada semua. Malah warna ini tidak pernah ketinggalan zaman sejak kemunculannya pada 1999!

Layangkan pada pipi atau hidung dan adun sehingga sisi wajah untuk penampilan segar, mekar! Bedak yang halus ini mudah diadun dan boleh dipakai tebal sedikit untuk gaya yang lebih tajam.


Nars Orgasm Liquid Highlighter, RM119

Orgasm Liquid Highlighter, formula baru dengan ekstrak delima yang melembapkan serta kaya dengan antioksidan. Highlighter ringan ini boleh digunakan dua cara: Titiskan pada bedak asas atau pelembap dan ratakan pada seluruh wajah untuk kulit bercahaya, atau adun pada bahagian wajah yang menonjol seperti tulang pipi, hidung dan bibir untuk efek kilauan. Efeknya sangat lembut dan cukup mudah digunakan biarpun untuk kamu yang baru berjinak-jinak dengan highlighter!


Nars Orgasm Oil-Infused Lip Tint, RM119


Dengan koleksi ini, NARS memperluaskan lagi sinar cahayanya dengan produk untuk bibir, Orgasm Oil-Infused Lip Tint. Tekstur gel-minyak yang terasa selesa pada bibir ini dirumus dengan minyak biji raspberi yang menyihatkan serta melembutkan bibir tanpa kesan melekit. Dengan setiap olesan, bibir tampil menawan dengan gema warna serta kilauan lembut.

Bersedia untuk pancarkan gema cahaya NARS Orgasm 2019 dan dapatkan koleksi edisi terhad ini di butik Nars.

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru