Glow Dari Dalam Dengan Le Blanc - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Glow Dari Dalam Dengan Le Blanc

Glow Dari Dalam Dengan Le Blanc

Sambil bersolek kulit wajah dirawat untuk mengembalikan kecerahan serta keseriannya. Oh yes! Bring on the glow dengan Le Blanc.

Sejak 2017 ketika Chanel buat pertama kalinya memperkenalkan rangkaian pencerahan Le Blanc untuk wanita yang inginkan kulit jernih yang bercahaya dari dalam, Le Blanc terus tampil dengan inovasi serta produk baru tahun demi tahun. Dan tahun ini, Le Blanc mempersembahnkan dua lagi produk penjagaan kulit baru; Le Blanc Essence Lotion Healthy Light Creator & Le Blanc Creme Healthy Light Creator, yang diperkasakan oleh ume flower oil, bahan yang memberi keselesaan pada kulit sambil menguatkan serta meningkatkan keserian.

Lebih sempurna perjalananmu ke arah kulit wajah yang cerah berseri jika digandingkan dengan solekan yang turut menyampaikan manfaat pencerahan yang sama. Kerana itu tahun ini Le Blanc mempersembahkan Brightening Gentle Touch Foundation (Le Blanc Touche De Teint Douceur Illuminatrice B10), RM230, cushion foundation yang memberikan hasil solekan berseri serta keselesaan yang bertahan di dalam bekas kompak on-the-go. Tidak sekadar solekan asas, kandungan Ceramic Complex serta likuoris, asid hialuronik dan gliserin, memberikan hasil solekan kulit terhidrat, sekara serta-merta dan membantu menyegarkan kulit pada bila-bila masa.

Menjanjikan aplikasi yang mudah dan sempurna, Multi-Usage Foundation Sponge Brush, RM103 turut diperkenalkan bagi merealisasikan sapuan yang rata.

Kini untuk meningkatkan lagi keserian wajah, Chanel Makeup Creation Studio telah mencipta koleksi Pierres De Lumiere De Chanel, iaitu himpunan warna khas untuk membentuk dan menyuntik kemekaran pada wajah, diinpirasikan daripada warna-warna mineral.

Tambah cahaya pada apples of your cheeks dengan Poudre Lumiere, RM206, atau serikan pipi dengan Les Tissages De Chanel, RM194 – Tweed Beige untuk sculpt, Tweed Pink untuk kemekaran.

Kamu ada dua pilihan rona pembayang mata daripada palet Les 4 Ombres, RM244, tetapi kami cadangkan kamu oleskan Ombre Premiere Creme, RM137 dahulu sebagai asas atau for a touch of glow.

Koleksi warna bibir pula menawarkan pilihan membuatkan bibir tampak mekar. Tidak terlalu pucat dan tidak juga terlalu terang… Just perfect. Pilih Rouge Allure Ink, RM138, untuk kemasan velvety matte atau Le Rouge Crayon De Couleur, RM138, untuk silky matte, tetapi keduanya menawarkan ketahanan serta keselesaan yang bertahan. Le Vernis Longwear, RM103, mencantikkan kuku dengan pilihan warna seperti bibirmu.

Kamu boleh percaya terus apa yang Cosmo beritahu di sini, (we promise, produk ini benar-benar hebat) atau lihat saja betapa berseri dan glowing Jasmine Suraya dalam video di bawah. Enjoy!

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru