Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Gimik Menjadi, Pematah Hati Cipta Rekod Cecah 1 Juta Tontonan!

No such thing as bad publicity! Dalam kes Nabila Razali, gimiknya konon putus cinta dan dikecewakan oleh pelakon Aedy Ashraf boleh dikatakan antara stratergi pemasaran yang berjaya.

Siapa saja 'dalang' disebalik idea gila dan berani mati ini, Cosmo ucapkan tahniah! Baru sahaja dua hari dilancarkan, muzik video terbaharu Nabila, Pematah Hati mencecah lebih 1 juta tontonan di YouTube.

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Berbalik kepada kejayaan Pematah Hati yang telah mencapai tontonan lebih 1 juta ini, ia juga turut berada di tangga ke #3 carta Trending Youtube Malaysia sejak semalam. Menurut Nabila, dia tidak menyangka penerimaan baik terhadap muzik video itu daripada peminat dan ia kejayaan manis buat dirinya sepanjang bergelar penyanyi.

Pematah Hati yang dicipta sepenuhnya oleh Hael Husaini dan Ezra Kong itu menggunakan khidmat dua pemuda dari Romania yang menggelarkan diri mereka sebagai Storytellrs untuk arahan dan konsep muzik video. Bagi Cosmo muzik video itu bukan sahaja segar dan relevan untuk era millennial ini, malah garapan dan kesinambungan cerita ‘cinta’ mereka yang tular di laman sosial diselit dalam beberapa babak membuatkan ia mudah difahami.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness