Gigi Lebih Putih, Senyuman Tambah Berseri Dengan Perawatan Ini
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Gigi Lebih Putih, Senyuman Tambah Berseri Dengan Perawatan Ini

Bukan putih menakutkan, tapi cerah natural yang buat kamu asyik nak tayang gigi saja!

 

Senyuman kan aset, jadi tak kiralah kamu siapa pun, ia harus dijaga! Senyum dengan yakin, senyum dengan ikhlas… Semua itu terbatas jika kamu segan dengan gigi kamu! Baru-baru ini kami mencuba Philips Zoom! Whitening. Dari namanya sahaja dah boleh agak ia perawatan pemutihan gigi yang pantas! 45 minutes to be exact untuk lapan ton lebih cerah. Jadi hasilnya bergantung kepada individu. Jika gigi kamu sebelum itu sangat kuning, lapan ton lebih kamu tidak mungkin sama dengan orang lain.

 

Berdebar juga nak ke Artius Dental Specialist Centre, di Jalan Tun Razak untuk Philips Zoom! Whitening sebab bila bertanya kepada teman-teman media yang dah cuba, ada yang kata sakit, ada yang kata ngilu. Lagipun, dah lama tak ke klinik gigi, cuak juga nak tunjuk gigi pada doktor. But all was good…setelah diberi penjelasan tentang apa yang bakal dilakukan oleh doktor gigi yang comel! Malah gigi kamu akan diperiksa dan dibersihkan dahulu untuk memastikan ia dalam keadaan ideal untuk pemutihan.

 

Proses pemutihan ada empat peringkat di mana hasil serta merta diperoleh dengan hanya satu lawatan klinikal dalam masa 45 minit. Proses empat peringkat ini memakan masa 15 minit bagi setiap peringkat, dan ia diulang dalam tiga pusingan. Antara setiap pusingan, gel Zoom! Whitening akan disapu. Cosmo nasihatkan kamu buat exercise rahang sebelum pergi. Lama nak nganga mulut. Tapi jangan risau kerana mereka akan pasangkan penahan untuk pastikan kamu dapat nganga dengan selesa dan lebih penting, tidak mengganggu proses pemutihan gigi.

 

1: Gel Philips Zoom! Whitening disapu pada permukaan gigi.

2: Reaksi kimia akan bertindak balas apabila peroxide – cela kuning atau perang pada gigi – bertindak dengan ferrous gluconate dalam gel untuk menghasilkan radikal.

3: Gel Philips Zoom! Whitening terus bertindak balas dengan cahaya LED menerusi reaksi fenton-foto.

4: Cahaya itu secara pusingan memperbaharui zat besi dan terus menghasilkan radikal, lantas memberi keputusan memutih sewaktu rawatan dilakukan.

 

Siap! Tiada rasa ngilu, tak sakit, gigi lebih cerah daripada sebelum ini. Tetapi jangan lupa pantang larangnya ya. Doktor menasihatkan kamu makan makanan yang warnanya putih-putih sahaja untuk beberapa hari (kalau boleh tahan seminggu lebih baik) untuk memastikan kesan paling memuaskan. jadi tolong elak makanan berwarna yang boleh meninggalkan kesan pada gigi yang dah putih itu seperti kari, masak lemak, air berkabonat dan sebagainya. Nasib baik nasi dan roti warna putih, kan?

Jadi kamu berminat nak cuba, bolehlah layari http://philips.com.my untuk mengetahui lebih lanjut tentang Philips Zoom! Whitening dan juga rangkaian produk penjagaan kesihatan oral yang Philips Malaysia tawarkan.

#PhilipsMY #PhilipsZoom @philips_my

 

Foto: Shutterstock.com/Philips

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru