Gigi Cantik, Senyum Pun Cantik - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Gigi Cantik Senyum Pun Cantik

Gigi Cantik, Senyum Pun Cantik

Kata orang dari mata turun ke hati tapi sebelum sampai ke hati, nampak gigi macam nak pengsan, ada kemungkinan terus tak sampai!
“Tadi makan spaghetti kan? Meh gosok gigi tu!”

Anggaplah senyuman dengan sebaris gigi yang cantik sebagai pembuka ruang komunikasi (dan mungkin pencari pasangan) kerana menurut kajian tentang tabiat temu janji millennial di Match.com baru-baru ini, 71 peratus wanita dan 58 peratus lelaki menilai temu janji mereka berdasarkan gigi. Kamu nak date orang yang gigi macam kamu? Kalau tak, jom upgrade sedikit senyumanmu itu.

Pemutih gigi dengan cahaya LED

Jangan pula kamu tadah gigi pada mana-mana lampu LED kerana ia sendiri tak mampu lakukan apa-apa. Tetapi dengan agen peluntur seperti hydrogen peroxide, ia bertindak sebagai pemangkin untuk menanggalkan kesan warna pada gigi dengan lebih baik. Jangan lupa gigi menjadi lebih sensitif untuk beberapa hari selepas pemutihan jadi ikuti semua nasihat doktor tentang pemakanan dan penjagaan.

Apa hal dengan kesan degil pada gigi?

Adakalanya faktor penuaan dan makanan serta minuman  berasid boleh melemahkan enamel atau lapisan luar gigi yang boleh menampakkan lapisan kedua gigi iaitu dentin. Ia semula jadi kuning atau perang dan tidak boleh dicerahkan dengan peluntur. Untuk itu kamu perlukan veneer atau crown.

Selamatkah penyegar nafas yang kamu gunakan?

Kebanyakan formula penyegar nafas mengandungi alkohol dan ia memberi kesan bersih dalam mulut tetapi jika terlalu kerap digunakan, ia boleh mengeringkan tisu dan menyeybabkan nafas berbau. Cuba cari yang tiada alkohol.

Listerine Zero Mouthwash 750ml, RM24.50

Berus Gigi Selepas Makan Ini…

Berries

Atau buah-buahan berpigmen kerana pigmennya yang gelap boleh melekat pada gigi dan buat ia nampak kusam

Pasta

Ia melekat pada permukaan gigi dan menukarnya menjadi gula. Gula dan kaviti adalah kawan baik. Fluoride di dalam ubat gigi dapat menghalang kerosakan gigi.

Jeruk buah-buahan kering

Ia kaya dengan serta tanpa selulosa yang memerangkap gula pada gigi dan sekitarnya.

Kekalkan keseimbangan dalam mulut dengan teh. Cosmo dengar teh (hijau atau biasa) mengandungi manfaat untuk menghalang bakteria mulut berbahaya jadi teh yang diminum tanpa gula dapat membantu mengekalkan mulut dan gigi yang sihat.

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru