Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Get Glowing

Dah nak 2017 dan kamu masih belum mahiri cara untuk dapatkan the perfect glow seperti yang selalu dilakukan oleh makeup artists di segala pelusuk dunia? Masih belum terlambat… Jom glow!

 

 

1. MULAKAN DENGAN PERAWATAN KULITMU

Sebelum kamu capai highlighter tu, cuba bawa menyental sedikit kulit dengan lembut dan berikan lembapan dengan pelembap ringan kerana kulit yang licin terhidrat memantul cahaya dengan lebih baik.

2. GUNAKAN PRIMER

Yang kamu lihat bersinar itu mampu mencipta ilusi seri cahaya yang memancar dari dalam. Kulit kamu berminyak? Jangan sapu pada zon-T wajah. Teknik ini dipanggil selective highlighting.

3. STIPPLE BEDAK ASASMU

Stipple bermakna kamu layangkan laju-laju dengan hujung berus yang rata atau span. Bukan tekan dan sapu. Kerana efek yang kamu mahukan adalah glow, gunakan bedak asas dengan satin finish atau glow finish… Elak matte.

4. HIGHLIGHT DENGAN STRATEGIK

Pandang cermin kepala tegak, jangan senget-senget. Mula sapu highlighter di atas tulang pipi, bawah sedikit dari sudut luar mata  hingga sebelum telinga. Kamu tak mahu highlight pori-pori pada hidung jadi jangan sapu dekat dengan hidung. Sapu sedikit pada lekuk atas bibir dan pada batang hidung jika kulitmu jenis normal atau kering. Kalau berminyak elak batang hidung.

 

Foto: INGImage

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru