Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Generasi Baru Jam Tangan Fesyen Khas Untukmu

Generasi Baru Jam Tangan Fesyen Khas Untukmu

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse
Stail sempurna dengan jam tangan Fossil Q Gen 4.

Mandy Moore

Dalam dunia yang serba canggih kini, evolusi jam tangan juga tidak terkecuali dalam mengikuti peredaran semasa. Daripada analog ke digital dan terkini, smartwatch semakin menjadi pilihan orang ramai. Terbaru, Fossil mengumumkan generasi keempat dibawah siri Fossil Q. Dengan beberapa tambahan ciri-ciri teknologi terbaru, koleksi ini memberikan pengguna segala yang mereka mahukan daripada rekaan menarik dan fungsi canggih yang mereka jangkakan dari Fossil.

Sebagai salah satu jenama jam tangan fesyen pertama yang memperkenalkan teknologi ini kepada koleksi mereka, Fossil buktikan bahawa kamu masih boleh berfesyen tanpa korbankan functionality. Dikuatkuasakan menggunakan Wear OS by Google and the Qualcomm® Snapdragon Wear™ 2100 Platform, gadget canggih ini menawarkan hardware features seperti Heart-Rate Tracking, NFC, Untethered GPS and Swimproof Functionality. Selain itu kamu juga boleh jimatkan masa dengan hanya caj smartwatch ini selama sejam yang mampu bertahan sepanjang hari!

Menariknya jam tangan Fossil Q Gen 4 boleh di customize pada strap dan juga dial. Terdapat lebih 36 design dial eksklusif, dari lebih fashion forward ke sesuatu lebih klasik, pengguna dapat menggabungkan peningkatan jumlah aplikasi pihak ketiga ke pengalaman peranti mereka, serta menetapkan foto media sosial sebagai latar belakang smartwatch. Yang pasti, Fossil terus mendahului dalam inovasi jam tangan tercanggih dan sesuai untuk setiap citarasa fesyen masing-masing.

Selebriti Hollywood, KJ Apa (pelakon drama siri Riverdale) dan Mandy Moore dilantik sebagai wajah kempen jam tangan Fossil Q Gen 4. Check out video di sebalik penggambaran kempen.

Seorang fashion enthusiast. OOTD is my ‘thang’. Akan ‘serang’ dessert corner dulu bila pergi ke bufet. Suka menonton rancangan memasak dan RuPaul’s Drag Race. Nampak lembut tapi sebenarnya fierce! Quote kegemaran? “Life is too short to wear boring clothes”, so have fun with it!

Fashion Diva